Hero & Heroin

Ini Yang Di Nama Kan Sahabat

Assalamualaikum

masih sempat lagi aku nak update entry baru ni. kah kah kah. barang² tak kemas lagi ni. slumber badak je rilek kan ! sebenarnya rasa malas nak kemas. tiba² rasa sayang nak tingal kampung halaman. tapi hakikat sebenar yang ado! 

entry aku kali ni berkisar tentang seorang kawan aku yang amat poyo. ha ha ha. takde la. jam 2 pagi aku terima 1 sms dari kawan yang berbunyi.. agak² korang bunyi cmne 2. enikem..eniwi..ciciwet.. cm2 ke!? agak² la wei. aku sendiri pon tak tahu pe maksud dia kalo bunyi cm2. sebenarnya sms kawan cmni; "wei, tido doh ke? aku wat entry khas utk mu. sila bukak blog aku. haha".

tapi disebabkan aku dah tido, jadi aku tak buka la blog dia semalam. pagi tadi baru aku buka dan terus baca. terharu siot dia buat cm2. meleleh² air mata aku sampai banjir kawasan rumah aku. acah je dow..

kawan yang aku maksud kan ialah muhd fadil. dia memang kawan aku dari sekolah lagi. kalau korang semua nak tahu dia mengumpat aku cmne teruk nya. korang p kat blog dia ni.. gempak blog.. serius aku cakap.


Entry yang dia buat khas tuk aku : Selamat Berjuang Wahai Kawan


thanks kawan :)


Penyu Agar


Anok Beranok Che Esoh

Assalamualaikum

gambar² ni aku ambik dari blog sepupu aku. aku copy & paste je la.. hahaha...
seronok kalo dapat berkumpul ramai².

Anok Beranok Che Esoh ni sebenarnya ahli keluarga aku la.
Che Esoh 2 nama nenek aku.
kat FB, kitaorang ada group "Anok Beranok Che Esoh".
orang lain tak boleh nak masuk.
tengok pon tak boleh, apatah lagi nak skodeng. hahaha

ni gambar toki & tok wan aku. toki aku dah lama meninggal masa aku kecik lagi.

ni ketika kenduri kat rumah aku 25hb 2. aku ketika ni ngah demam tapi bergambar tetap senyum ;)

seronok sangat tapi kalo semua anak beranak berkumpul, haru di buatnya.


Anok Beranok Che Esoh.
Ni semua keluarga asas aku. Ramai lagi sbnarnya. tetapi semua sibuk dgn kerjaya masing2. Gambar ni diambil semasa sambutan hari jadi anak-anak Che Lah pada 25 Feb 2011. Klaw boleh brhimpun lah lagi terutamanya raya nanti.

To Eida Aida (sepupu aku) : Esok along dh kena gi Port Dickson kerja imigresen. Keep safe. Jalan lek lok. Jaga diri baik-baik. Moga berjaya disana :)


kredit > my kazen

1hb 3 - 31hb 4

Assalamualikum

hari ni baru 27hb kan...tapi aku dah wat entry pasal bulan 3. agak lama gak aku tak wat entry baru. aku tersangat sibuk. kenduri memanjang. 

esok 28hb 2, aku kena berangkat ke P.D. 1hb 3 aku kena lapor diri kat akedemi imigresen. aku kena kursus selama 2 bulan kat P.D

harap² semuanya berjalan dengan lancar. lebih² lagi aku ngah demam. 

12hb 3 sepupu aku kahwin. aku tak dapat nak join la. kalo aku p kan, soalan bila nak kahwin mesti akan ditanya punya. selamat pengantin baru mira.

buat mak saudara (halida awang mohd) aku yang kini berada di hospital, kita doakan segala²nya selamat. semoga mak ngah selamat bersalin. inyaallah mak ngah dan baby selamat.

aku dah tak tahu nak taip pe lagi.. aku nak rehat sebab kepala dah pening.

inyaallah kita akan jumpa lagi.

Faceblog

Assalamualaikum 

faceblog, ape 2 ? mesti korang heran kan.
kaloo korang nak join boleh, tak de masalah.

korang p kat SINI


apa maklamat sebenar faceblog ni ??

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Sama² kita join !!

Yang Hidup Pasti Akan Mati

Assalamualaikum

aku masih lagi terkejut dengan berita kematian ayah kawan aku, Yanti. aku boleh di kata baik jugak dengan keluarga yanti semasa aku belajar kat penang. 

makcik sofi, mak yanti. pakcik panggilan kepada ayah yanti.

ayah yanti di timpa kemalangan malam rabu ketika hendak pulang ke rumah selepas bekerja. motor bertemu motor dan ayah yanti dilanggar dari arah belakang. ketika aku terima berita semalam dari kawan aku sara, ayah yanti masih lagi tak sedarkan diri. yang paling sedih ayah yanti krikital kerana mengalami pendarahan di kepala.

dan tadi aku terima berita dari kawan aku, mun yang ayah yanti telah tiada. sebak aku seketika. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memingkul. adik² yanti masih lagi kecil & masih lagi bersekolah. aku sangat sedih apatah lagi aku tak dapat melawat yanti.

aku berharap yanti sekeluarga tabah dan sabar menerima berita ini. 

sama² lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat ayah yanti (pakcik rahmat). salam takziah yanti. 

INI CONTEST, AKU DAN KACAMATA

hoootoohhh !!
aku nok join ah contest ni.
tuan tanoh ye org ganu jadi aku nok cakak ganu ah.

ade sape nok join dok?!

mung sume g SINI blake !!


macang bese ah, kene la letok header contest ni orp.

kalo dok kire dok cukup syarat ye ah.

ni adioh ye nok v ke kiter.




RAYBAN WAYFARER



kenapa aku suka bergambar dengan sepek mata?? kenapa yunk !
sebab aku memang gilakan sepek mata 

brand sepek yang aku suka harus lah RAYBAN

gambor hok aku pertaruhkan 



Tarikh tutup contest ni ialah 01 April 2011

hok aku nok tag

kawanKAWAN aku sume !!
bereh eh...

Hari² Yang Sibuk Buat Aku

Assalamualikum kawanKAWAN

aku nak buat entry baru pun macam tak de mood sangat sekarang ni. dengan aku tak berapa nak sihat lagi. dengan aku sibuk nak uruskan urusan rasmi aku ni lagi. 

1hb 3 sampai 30hb 4 aku akan berada di akedemi imigresen kat P.D

aku dah lupa apa tah yang aku buat hari sebelum² ni. hahaha.. tapi yang pasti, aku beli barang² nak dibawa kt P.D nanti.

semalam hari yang paling aku penat. mula² aku nak p cop suruhanjaya sumpah pah ofis dia tutup plak. jadi aku fikir, baik aku p klinik dulu buat x-ray dengan medical check up. 2 klinik p tapi x-ray tak boleh nak guna. nak p hospital, mesti lambat punya. yang ada x-ray yang paling dekat selain dungun ni, kat kerteh. fikir jugak nak p ke tak.

dalam fikr 2, aku terus ke pejabat tanah dungun nak cop 2 la tapi orang dia cakap pengawai dia tak de. p meeting. last aku p makahmah baru la ada. 2 pun kena tunggu sebab ramai orang. tapi tak pe la kan. janji dah settle bahagian 2. 

drive ke pejabat KWSP nak ambik penyata. bila dah siap semua. aku call kak gee ajak teman aku p klinik kat kerteh 2. nasib kak gee nak teman aku. kalau tak, boring la aku sorang². thanks kak gee. love u =)

dah la aku dari pagi tak makan apa². lapar jangan cakap la. bukan tak nak p makan tapi selagi tak settle ni, tak lega la u.

sampai² rumah terus melantak la. tapi 2 pun x settle lagi. sepupu ajak p rumah mak saudara sebab nak kena bincang hal kenduri jugak. tapi ni kenduri baca yasin. macam kenduri kesyukuran jugak 2 kan. majlis mak saudara hari rabu. hari sabtu lak mak saudara buat majlis hari jadi anak dia iaitu sepupu aku la 2..

sampai rumah jam 9 malam tengok tv sejam pah2 masuk bilik terus x sedarkan diri..

* 25hb 2 2011, aku buat kenduri kesyukuran; kecil² je.

P/S : kawan cakap aku seorang low profil. thanks =)

Lawak KFC Pendang

hari ni kita ceria² cket ok.. x mau la sedih² ye..
jom layan Lawak KFC Pendang ni..
*gurauan semata² je okey!



cashier : assalamualaikum pakcik..
pakcik : walekumsalam..err.err.
cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..
cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?
pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.
cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
pakcik : yang setsi ada tak??
cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..
pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..
cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.
pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.
cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..
pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.
cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?
pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..
cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?
pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?
cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?
pakcik : huu?natang apa tu?
cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.
pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..
cashier : err…ok ok..(segan layan)
cashier : semua sekali RM 34.50..
pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)
cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..
pakcik : tak kelapaq mai dah.


kredit>Gee

Urusan Seri Paduka Baginda

Assalamualaikum..

syukur Alhamdulilah hendakNya.


mula² aku nak buat entry pasal nasi kandar. last² tak jadi sebabnya aku dapat surat yang agak penting dalam hidup aku. surat ni pon aku kena p kat pejabat pos sebab surat penting lagi pun melalui pos laju. rumah aku takde sape pagi tadi, 2 yang kena p pejabat pos 2.

hati aku memang berdebar². tak tahu sebab apa. dalam hati 2 kuat menyatakan yang aku dapat. tapi takut nak fikir. takut kecewa kan. sebelum aku p pejabat pos, aku singgah kat tempat keje kak gee. amik dia & terus p makan tengah hari. aku teringin nak makan limpa. nasib ada tadi.

lepas makan, lepak kat tempat keje kak gee dulu. nak balik panas walaupun naik kete. kalo motor, x tahu la. tapi panas dunia. dalam kul 3 aku gerak p pejabat pos nak tuntut surat aku 2. makin nak sampai kat pejabat pos, makin hati aku berdebar². bagi 'surat sementara' kat pegawai pos 2. aku pon dapat surat aku.

masuk kete, tak fikir panjang dah. terus buka. tiba² air mata aku mengalir. Ya ALLAH, betul ke ni????!!
aku tak tahu nak guna ayat apa tapi aku memang bersyukur sangat². aku memang dah berniat sebelum 2, kalo aku dapat aku memang nak buat makan sedikit.

dah aku dapat ni, aku memang kena buat la kan.


01 mac 2011 aku kena melapor diri aku kat Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) kat Port Dikson, Negeri Sembilan.

yang paling gembira tentu la ma & aboh.

P/S : terima kasih kat semua yang mendoakan aku selama ni. my bff, kak gee & yang paling penting ma & aboh.

Makan Nasi Saing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

seronok dapat melepaskan tekanan pah2 dapat keluar sekali dengan kawan² aku. dah agak lama aku tak makan nasi saing. kalo kecik² dulu boleh kata selalu gak la makan nasi saing. sekarang dah besar pah2 masing² lak sibuk dengan urusan masing².

kawan aku sara ada tanya, makan nasi saing 2 nasi yang macam mana.
makan nasi saing, makan nasi beramai². 'saing' kalo di Terengganu boleh kata macam sama erti  dengan 'kawan'. 

makan nasi saing ni makan nasi beramai² la. boleh jugak dikatakan berkelah dengan membawa bekal. aku, are dan azie bawak bekal masing² dan berkelah di tei pantai.

are bawak nasi, kuah singgah ikan ayer ngan telur ikan goreng dan jugak karipap.
azie bawak nasi, telur dadar, air bandung hijau.
aku bawak nasi dan buat puding roti sebab are nak makan.

ni sebahagian bekal² yang kami bawak. tapi disebabkan are 'excited' dia beli kepok lekor, air soya, ubi goreng ngan bayam goreng.

kawan², nanti kita makan nasi saing lagi ok. saya x puas lagi bertemu dengan kamu. 
*wink²

Entry Tak Kena Mengena

Assalamualaikum..

sejak² line buat hal, nak berpesbuk² dan berbelog pun dah naik malas. lagi pun 2, 3 hari ni banyak kerja nak kena buat, kemas ayat aku kan. taip pun memang menggunakan BMT. BMT? Bahasa Melayu Tinggi. 
kenapa? sejak bila? sejak² jadi orang melayu. selama ni bukan orang melayu kot aku ni.

dah, aku tak nak buang masa dan waktu. tika dan saat ini. tajuk lagu 2. terbaik lah kan. selagi lagi aku terangkan BMT bukan cmni ok.

hari ni banyak benda aku nak merapu. 

khamis, 10/02/2011
aku x kena mana² sebab demam.

jumaat, 11/02/2011
masih lagi demam tapi beransur pulih cuma selsema dan batuk. tido awal sebab esok nak drive pergi kenduri kahwin aku  kat kampung aku.

sabtu, 12/02/2011
bangun, mandi, siap² dan terus gerak ke majlis kenduri kahwin. kat Marang. ambik masa tak la lama sangat cuma dalam 45 minit cam2 lebih kurang. kenderaan pun agak banyak jadi aku drive ala kadar jela. lebih² lagi ma aku ada. memang susah nak drive terlalu laju. meter baru 80km tapi dia dah takut dah. walaupun had kelajuan yang ditetapkan 90km. 

sampai kat majlis kenduri 2, memang elok la sebab pengantin lelaki pun baru je sampai. jadi aku sempat la tengok diorang bersanding. memang cun melecun pengantin wanita tambah plak si lelaki 2 yang hensem+macho. memang bagai pinang dibelah dua. gambar tak dapat nak 'curi' sebabnya manusia terlalu ramai yang giler nak tengok. 

sebelum 2 aku makan dulu, tapi yang aku kesalkan perkidmatan katering dia. tak sempurna la. tak sempurna dari segi makanan. x cukup der. macam tak ambik kisah pon. kesian tetamu yang datang 2. majlis dia buat super vip. aku tengok ni terasa jeles giler. si pengantin wanita anak bungsu pah2 tunggal perempuan. dapat lak kahwin dengan lelaki tunggal. memang giler la majlis kahwin dia. perempuan 2 lawyer. si lelaki 2 aku x sempat nak interview.. hahaha..

sebelum 2, singgah jap rumah tok aku. rehat badan dulu. seperti biasa kalau alang² lalu jalan pantai teluk bidara, sure aku berhenti. aku suka singgah kat pantai ni sebab cantik giler. pantai teluk bidara kalau korang pernah tengok citer ulek mayang, kat sini la dorang berlakon.

jam 6, aku terpandang seorang artis. biar betul.. ke mata aku yang silap. bila dah sampai dekat, betul la... artiiiiiisss !! hahaha... nampak sangat tak pernah jumpa artis kan.
aku lupa nama dia apa tapi dia berlakon dalam citer Janji Diana & Roda² Kuala Lumpur. mula² aku sangka dia buat drama. rupa² dia ngan ambik gambar. dia baru kahwin. x sempat nak ambik gambar ngan wife dia.


aku x ingat la name dia pe.. korang boleh tolong bagitahu tak ??
pe² pun, selamat pengatin baru. 


p/s : milo ais segelas, air jagung 2 gelas + kentang goreng rm2 = rm12.80. mahal ke x tak ??!! 

Contest Kami Pose Cumey

aku telah di'TAG !!
so aku kena sertai lah kan
:: Contest Kami Pose Cumey ::
thank kat Pn. Zue :)




korang nak join x? 
hadiah dia GEMPAK okkkkkk!!!
nak tahu hadiah pe?



handset Apple iphone
yup! 
x tipu ok...

@
RM100 +TOPUP 50

baik join ok.
kalo korang rasa aku ni tipu
ko p kat SINI
ko blh tgk sekali pe syarat² dia.

 ~ gambar yang aku pertaruhkan ~


:: Kenapa anda join contest ni ::

 kerana "POSE KAMI PALING CUMEY" & FISRT REUNION LEPAS 3 TAHUN X JUMPA.

sayang², u all di'TAG :
Metz | |Syatir | | Khairul | | AkuSerabut |

Maaf, Tolong & Terima Kasih

LIZA : ida, alang² ang nak p dapur, boleh tak tolong ambik kan aku gelas.
AKU : ok my dear.
LIZA : thanks sweet.
AKU : sama² kasih.

2 la selalu aku ngan kawan aku amalkan masa kat rumah sewa dulu. bukan aku ngan liza saja tapi 1 rumah amalkan sikap meminta TOLONG & mengucapkan TERIMA KASIH ni. skema ke? lantak la orang nak cakap pe pon yang pasti aku memang suka cakap TOLONG/PLEASE & kata TERIMA KASIH/THANK YOU.

bukan kan lebih baik ada perkataan 'tolong' untuk meminta tolong ! & kata terima kasih tanda keikhlasan di atas kesudian orang yang menolong 2?

meminta maaf jugak 1 amalan yang aku selalu buat. 
:: maaf, saya x sengaja. 
:: maaf, saya yang jatuhkan nya tadi. 
:: sorry erk.
pe² la kesalahan yang kita lakukan, ucap la MAAF.
Meminta maaf akan membuat kita semakin mulia, bukan hanya di sisi manusia namun juga di sisi Allah SWT.

jadi kenapa takut untuk menyatakan Maaf, Tolong & Terima Kasih??

Orang berbudi, kita berbahasa..kan?

Running Non Stop !

petang tadi aku p jog ngan sepupu aku. so, aku p kat taman yang dekat ngan UITM. selalu kat situ x ramai sgt tp hari ni ntah nape ramai hari ni..

oleh kerana terlalu ramai pakwe² yang hensem & macho, aku yang terlalu bersemangat telah berlari 5 round tanpa berheni. hahahahahah... terlalu gedik la 2 kan.

esok mgkn aku nak p lagi kot.
*konon² nak tarik perhatian la 2.



orang kata dari SENAMAN turun ke HATI. kahkahkah !!!

Kelebihan Wanita

  1. Doa perempuan itu lebih termakbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. "ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  2. apabila seseorang perempuan  mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  6. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  7. Barangsiapa membawa hadiah, lalu diberikan keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelakinya. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  9. Barangsiapa yang diuji dengan seseuatu daripada  anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  10. Tiap perempuan yang menolong suaminya dala urusan agama, maka Alah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahul (10,000 tahun ) daripada suaminya.
  11. Permpuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  12. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daipada 1,000 lelaki yang soleh.
  13. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya... "siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
  14. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawaplah panggilan ibumu dahulu
  15. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di utara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  16. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup akan pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  17. Barangsiapa yang bersikap ihsan dalam pergaulan dan mendidik dengan penuh takwa serta bertanggungjawab terhadap tiga atau dua anak prempuannya, atau saudara permpuannya, maka baginya syurga...
  18. Syuraga itu di bawah tapak kaki ibu.
  19. Oleh kerana kelebihan wanita inilah Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Wanitalah yang membuat seseorang lelaki itu kuat...

Kawan² aku pinjam !

malam ni xde nak update yang panjang lebar pon, just nak amik kataKATA kawan² aku kat FB je.
so, Enjoooyyy!!


TIADA APE YG MSTAHIL DLM HDUP...TERUSKAN APE YG DIIMPIKAN...




aku xkisah ape yg org ckp ttg aku..so,what's de point aku nk amik pot?aku ttp ngan cra aku..who're they 2 judge me?..lantak korg..

ad aku kesah???






 cakap x mau dgr,
dgr tp x fhm,

x fhm x mau tnya,
sudah tnya x tahu buat,
sudah buat lg buat salah,
sudah salah x mengaku,
sudah mengaku tp x mau ubah,
ubah lg x puas hati,
x puas hati x mau cakap!
ini mcm olang ego bdoh smbong punya olang oo~!!


sy pun mahu jadi jutawan juga...
&
luga tgk kawan² kt FB
*luga is mean koya or poyo
by Pok De



"Aku ada ruang sendiri.

Jangan tanya kenapa & mengapa.
Dewasa adalah aset aku.
Ceria selalu hingga ke tahap maksimas.
Terbang bersama aku.
Jangan tuduh aku jahat sebelum kenal.
Aku tahu apa yang aku buat.
Tapi korang takkan pernah tahu!
Hidup ini mesti bebas
makan, minum, bermain..
Atau jangan buat apa-apa!
Ini adalah kehendak termaksima aku...
Tapi di hujungnya pasti ada sempadan.
Ingat itu."




If yOu lOvE sOmEtHiNg, yOu wilL TrY tO TaCkLe. 

If yOu lOvE 'LOVE', yOu wIlL tRy tO fEel It.
If yOu LiKe tO bE sUcCeS, wHy DoN't yOu tRy tO gEt IT...?? ™

by Aku Sendiri :)

Berubah Wajah

blog aku berubah wajah...kenapa?
sebabnya aku dah boring yang lama & ingin yang baru plak.
aku rase yang ni napak ok kot...kot erk?

korang sume kawanKAWAN aku lak rase cmne.
ok ke x ok ni...

ok je la erk...

nak tido dah pah2 nak bangun awal sebab nak p jog. ada mahu ikut? jomJOMjom...

the end....