Hero & Heroin

Urusan Seri Paduka Baginda

Assalamualaikum..

syukur Alhamdulilah hendakNya.


mula² aku nak buat entry pasal nasi kandar. last² tak jadi sebabnya aku dapat surat yang agak penting dalam hidup aku. surat ni pon aku kena p kat pejabat pos sebab surat penting lagi pun melalui pos laju. rumah aku takde sape pagi tadi, 2 yang kena p pejabat pos 2.

hati aku memang berdebar². tak tahu sebab apa. dalam hati 2 kuat menyatakan yang aku dapat. tapi takut nak fikir. takut kecewa kan. sebelum aku p pejabat pos, aku singgah kat tempat keje kak gee. amik dia & terus p makan tengah hari. aku teringin nak makan limpa. nasib ada tadi.

lepas makan, lepak kat tempat keje kak gee dulu. nak balik panas walaupun naik kete. kalo motor, x tahu la. tapi panas dunia. dalam kul 3 aku gerak p pejabat pos nak tuntut surat aku 2. makin nak sampai kat pejabat pos, makin hati aku berdebar². bagi 'surat sementara' kat pegawai pos 2. aku pon dapat surat aku.

masuk kete, tak fikir panjang dah. terus buka. tiba² air mata aku mengalir. Ya ALLAH, betul ke ni????!!
aku tak tahu nak guna ayat apa tapi aku memang bersyukur sangat². aku memang dah berniat sebelum 2, kalo aku dapat aku memang nak buat makan sedikit.

dah aku dapat ni, aku memang kena buat la kan.


01 mac 2011 aku kena melapor diri aku kat Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) kat Port Dikson, Negeri Sembilan.

yang paling gembira tentu la ma & aboh.

P/S : terima kasih kat semua yang mendoakan aku selama ni. my bff, kak gee & yang paling penting ma & aboh.

4 comments:

OKEdChokelaT said...

tahniah ya...bkn sng nak msuk gOv nil.,..

shy princessha said...

thniah...btul...bkn sng nk msuk gov...

marish sha said...

ini ida kan ?

z.u.n.a.i.d.a said...

congrats dear!!