Hero & Heroin

Yang Hidup Pasti Akan Mati

Assalamualaikum

aku masih lagi terkejut dengan berita kematian ayah kawan aku, Yanti. aku boleh di kata baik jugak dengan keluarga yanti semasa aku belajar kat penang. 

makcik sofi, mak yanti. pakcik panggilan kepada ayah yanti.

ayah yanti di timpa kemalangan malam rabu ketika hendak pulang ke rumah selepas bekerja. motor bertemu motor dan ayah yanti dilanggar dari arah belakang. ketika aku terima berita semalam dari kawan aku sara, ayah yanti masih lagi tak sedarkan diri. yang paling sedih ayah yanti krikital kerana mengalami pendarahan di kepala.

dan tadi aku terima berita dari kawan aku, mun yang ayah yanti telah tiada. sebak aku seketika. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memingkul. adik² yanti masih lagi kecil & masih lagi bersekolah. aku sangat sedih apatah lagi aku tak dapat melawat yanti.

aku berharap yanti sekeluarga tabah dan sabar menerima berita ini. 

sama² lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat ayah yanti (pakcik rahmat). salam takziah yanti. 

2 comments:

Penyu said...

al-fatihah pada yang telah pergi.
moga sentiasa dicucuri rahmat.

z.u.n.a.i.d.a said...

salam dear,
salam takziah tok ur frend okeh!